Kursus Asas Microsoft Office Word, Asas Komputer Dan Advokasi Sesi 1

11 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Julai 2020, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Kursus Asas Modul Microsoft Office Word (Sesi 1) di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Tujuan kursus ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama para peserta dalam mempelajari asas Microsoft Office Word. Semasa kursus berlangsung, para peserta diberi penerangan secara ringkas dalam mengenali ribbon, toolbar, document view dan sebagainya dalam Microsoft Office Word. Di dalam kelas ini juga, para peserta diajar menggunakan bullets,numbering dan table semasa membuat latihan menggunakan Word.

Kelas ini bermula dari pukul 09:00 pagi sehingga pukul 12:30 tengah hari merangkumi aktiviti seperti tayangan video advokasi sebagai aktiviti sampingan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali